Satu cawangan kampus Universiti Teknologi Petronas dicadang ditubuhkan di Sabah bagi melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang teknikal industri minyak dan gas.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beliau sebelum ini pernah berbincang dengan Yayasan Sabah bagi tujuan itu dan optimis ia mampu dicapai.